Sunday, December 12, 2010

Anak2 ku


Da lama rasanya tak berblog....setahun lebih da.Entah kenapa tetiba rasa nak berblog pas baca blog2 org lain. Nak citer pasal anak berbulu ni je.Da setahun dan dalam masa setahun 2 ekor telah meninggalkan aku akibat kemalangan di dalam rumah. Membayangkannya semula rasa tak dapat diterima akal as derang tu manja sgt.

Yang dua ekor ni memang terkini gambarnya as Oyen yawning like ...OMG this is so nice as i can captured the photo automatically.

Adik is resting on his favourite chair and as normal "selamba" je.

Friday, October 2, 2009

Terkini tentang anak2 bulusku


Semua da besar panjang. Dan semakin nakalnya menjadi2. Kalau balik umah tu memang da tak terperanjat la tengok umah macam tongkang pecah.Macam2 kerenah sampai hubby pun kadang2 hilang sabar. Mahunya org tu tak marah..baru je org tu kuarkan buku kerja dia, tetiba dtg je selonggok ni duduk atas buku dia.Padahal byk lagi tempat dia boleh lepak.

Yang peliknya kalau aku ada kat umah tak berani lak depa ni semua buat havoc yang melampau.Kurang2 pun depa akan mengacau aku kat dapur atau mengemop sebab depa ni cukup suka menangkap mop aku tu.

Ini la ropenya bila da penat mengaruk.Bantainya tido kat celah tingkap. Tapi bila tido macam ni, kesian la pulak tengok sebab kenkadang kena gak sepak terajang (lembut ala2 manja gitu) dari aku. Tapi tu time hubby takde rumah la, kalau dia ada rumah nak jentik pun payah.

Apa2 pun depa ni sume la pengarang jantung hati kitaorg. Tengok dia memain tu boleh hilang tension.

Sayang uolsssssss!

Friday, September 4, 2009

Jumaat



Jumaat ni nama salah seekor kucing kat umah aku ni. Umur dia 6 bulan lebih. Nama dia cenggitu sebab dia ada 2 beradik tapi lahir selang 2 hari. Hari Jumaat 6/2/09 dia lahir ngam2 time aku tengah nak pack balik Perak. Masa tu aku pikir memang dia sekor je la yang lahir sebab ibu dia da selamba je dan takde tanda2 nak melahirkan lagi. Tetiba masa kami balik dari Perak 8/2/09 tu tgk2 ada tambahan sekor lagi dan pada amatan aku dia lahir hari Ahad. Makanya nama kedua beradik itu mengikut hari dia dilahirkan.Hahahahaha

Baru2 ni aku bawak Jumaat gi castration.Procedure kena puasa tapi disebabkan Jumaat ni cukup payah nak dikurung dalam cage, terpaksala dia boarding sehari kat klinik dan keesokannya surgery pun dibuat.


Kelaka bila aku amik dia dari clinic after the surgery, dia mamai je sebab masih ada ubat bius tapi dia gagahkan diri gak tu nak balik sebab Jumaat ni tak penah kuar umah dan tak penah berpisah dgn yg lain2. Balik2 umah je semua terkam dia sebab masih ada bau ubat.Puas la jugak aku mengasingkan dia sehari semalam dalam cage tapi degil sungguh, nak jugak keluar. At last aku keluarkan dia dan biarkan dia bermain dgn yg lain. Alhamdulillah, dia ok je.


Yang menjadi kemusykilan kepada adik2 dia yang lain ialah bentuk toot dia.Hahahaha..kena shave sampai da tak nampak bentuk sebenar.Hubby pun pakat gelakkan dia,apatah lagi aku.

Tapi macam biasa la, Jumaat ni jenis selamba kucing so dia tak kisah pun anu dia togel macam tu.


Pas ni aku plan ada 3 ekor lagi untuk di castray kan ie Oyen,Kudut n Boboy. Tunggula lagi 3 bulan sebab derang sume baru 3 bulan.

Antara mereka2 ini akan ada 3 ekor yang akan diadmitkan utk disunatkan...berdoalah kome semua ye sapa no 1 nanti.Hahahaha anak2 bulusku



Wednesday, August 26, 2009

Tertipu

Hahahaha...padan dgn muka aku.Hari ni sebab tak sempat masak, aku and hubby gi ke bazar ramadhan kat Tmn U. Konon nak beli apa yang nak makan je tapi bila nampak macam2, mata da mula rambang. Tapi aku rasa aku berjaya la mengawal perasaan aku dan berbaloi la apa yang aku beli sebab sedap.

Yang kesian, tu la hubby. Dia kata lemang yang dijual tu nampak menyelerakan so dia beli la 5 hengget.


Ini le rupanya..punyala cantik dan menyelerakan kan?Siap dgn rendang ayamnya skali tu. Masa berbuka tu, buka la lapisan daun pisang tu dan masa tu aku nampak da bertali je pulut tu.Masa tu hubby da nak masuk mulut da tapi aku terpaksa ckp dgn dia yg lemang tu da basi. Kesian tengok hubby sebab dia beria2 sgt nak makan. Masa aku bukakan rendang tu pun da bau semacam tapi aku senyap la sebab aku ingat hidung aku yang problem tapi hubby pun sebenarnya da terbau rendang tu hampir basi.

Sian hubby, sib baik ada spare mee rebus hj wahid so masih ada la makanan untuk dimakan berbuka.

Aku kesal la sebab tiap kali ke bazar ramadhan kami akan terkena begini. Aku rasa tidak adil bagi kita sebagai pengguna ditipu macam ni. Nampak sangat la lemang tu lemang semalam sebab keras dan berbau. Aku rasa macam nak bawa je lemang tu ke tuan empunya gerai tu tapi malas la pulak nak keluar lagi.

Kalau ye pun nak berniaga dan kaya cepat, bukan ini caranya. Biarlah hasil tu halal dan penuh dengan keberkatan Ramadhan. Ni la sikap orang kita, untung nak tapi tipu org. Dia tak rasa bersalah ke menipu orang dengan cara macam ni?

Friday, August 21, 2009

Da start posa...

Esok semua umat Islam akan berpuasa. Puasa aku kali ini bermula dengan suami yang akan bekerja malam. Maknanya 1st Ramadhan aku akan bersahur seorang diri mcm tahun2 sebelumnya. Kalau yang ada tumpang sekaki sahur pun adalah anak2 bulus yang pantang tgk lampu dapur terbuka.

Ramadhan tahun ini aku harapkan keberkatan dan kerahmatan atas kehidupan aku. Tapi yang pastinya aku mengharapkan rezeki Ramadhan yang lebih besar mungkin?Aku mengharapkan agar doaku untuk memperolehi zuriat sendiri dimakbulkan oleh Yang Maha Esa. Aku selalu membayangkan yang pada suatu hari nanti aku dengan gembiranya mengkhabarkan kepada suami aku yang aku bakal menjadi ibu tapi dari tahun ke tahun aku tetap tidak diberikan lagi rezeki itu. Apa2 pun aku tetap bersyukur kerana ini adalah dugaan dan ujian dari Nya dan sebagai hambaNya aku redha dan terima dengan penuh keikhlasan

Mungkin ini adalah balasan yang patut aku terima atas segala kesalahan ku dimukabumi ini.Aku redha tapi aku tetap sentiasa berdoa untuk memilikinya satu hari nanti sekiranya diizinkan olehNya.Mungkin ada rahmatNya aku tidak dianugerahkan semua itu.

Tapi aku harap masyarakat tidak memandang serong pada aku dan suami aku. Aku sedih setiap kali disindir yang aku tidak mampu memberikan zuriat buat suami aku.Aku tak terdaya untuk menghalang mulut mereka tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Usaha sahaja tidak mencukupi sekiranya Dia masih tak mengizinkan.Aku berpegang pada kalau ada rezeki, adalah tapi usaha tetap usaha.

Mudah2an birthday aku kali ini yang jatuh pada 2 Ramadhan dan ulangtahun perkahwinan yang jatuh pada 5 Ramadhan, aku dianugerahkan hadiah yang tidak ternilai dan paling berharga dalam hidup aku dan suami aku. InsyaAllah..

Selamat berpuasa.

Wednesday, August 19, 2009

Gelagat Penyewa...

Kali ni aku nak bercerita sikit hal penyewa sebelah rumah aku ni. Ni kira2 kes ngumpat la tapi boleh la...asalkan tak susahkan org.

Bermula dgn jiran sebelah umah aku yg berpindah kerana mengikut suaminya ke tempat baru. Maka dia pun menyewakan la rumah dia pada sepasang suami isteri yg mana sang isteri merupakan cawangan kedua. Yang menjadi isu adalah perangai pasangan ini yang umpama duduk rumah sendiri. Punyala berlagak...ya ampun. Tahu la sang suami kaya, mampu bawa Estima model baru lagi tapi rasanya as a tenant tak payah la berlagak dgn kami2 ni.

Baru2 ni aku dpt cerita daripada tuan rumah tu, sang penyewa request tuan umah buat renovation besarkan dapur etc. Boleh bayangkan tak...very the!Last2 tuan punya umah buatkan awning depan saja sebab sang penyewa request. Katanya kete dia rosak terdedah matahari..wallaweh ini punya org pun ada ek? Tu yg aku ckp dgn tuan umah tu, pas ni sang penyewa request buatkan kitchen cabinet, plaster ceiling, cat baru etc..tergelak besar dia. Maybe sebab sang peyewa before this dok condo so bila pindah terrace house ni lain sikit la environmentnya. Kat condo kete park kat basement or covered car park tp bila rumah terrace ni mana ada umah da siap2 awning kat car porch?????????Kalau nak cam tu beli aje la umah sendiri pastu renovate le sesuka hati.

Aku kesiankan tuan umah tu sbb aku da anggap dia sedara da dan susah senang dia dia selalu citer dgn aku so takkan aku nak biarkan dia diperguna2kan oleh org2 yg cerdik pandai ni.Memang tak dinafikan la tuan umah ni sangat lembut hati dan baik hati tapi jangan la ambik kesempatan pulak. Ini pun tadi aku da advise kaw2 punya kat dia supaya lebih hati2 sebab silap2 sang penyewa cabut, nganga je la. Yang aku tahu sampai sekarang dia tak buat agreement apa2 dgn sang penyewa sebab dia percayakan sang penyewa.

Pengalaman mak aku yang menyewakan rumah pada ramai penyewa buat aku ingat dan jadikan tauladan. Mak aku tu da berapa kali kena kapur dgn penyewa2 dia sebab sikap dia yang baik hati sgt dengan penyewa.Lastly, penyewa kapur dia tinggalkan umah sewa dgn bil letrik , air tak berbayar. Ini la padahnya bila tak ada perjanjian. Susahkan..

Ini pun tadi aku da cakap dgn dia kalau bil IWK ke cukai pintu ke, sang penyewa la kena bayar sebab yang duduk umah tu ialah sang penyewa so sendiri mahu ingatla.
Takkan Estima boleh byr, bini boleh 2 ( ye ke 2?ntah2 3), bil2 mcm tu tak leh bayar..betul tak? Aku bukan jeles tapi aku memang menyampah giler dgn org yang suka bagi madu kat bini dia ni. Aku pun da jarang nk melepak kat luar umah aku sendiri sebab segan dgn sang suami yang tak berapa nak muda tu. Sang suami kalau memandang...wallaweh dari atas turun ke bawah tu. Tu yang buat mak seram tu.Nak2 lak time dia pakai suar pendek dgn sleveless je...boleh bayangkan tak?Seorang lelaki separuh umur dgn uban memutih di kepala, berpakaian macam tu.Geliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Aku berdoa la agar si tuan umah ni tak menjual umah tu pada sang penyewa sebab yang aku diberitahu oleh tuan umah, sang penyewa merayu2 agar rumah tu dijual kepadanya. Makan hati aku nanti kalau dia jadi jiran tetap aku..OMG.

Monday, August 17, 2009

Bawa mulut!

Aduhai...sedih sungguh aku bila org yg aku percaya dan rapat selama ni, boleh buat anggapan macam ni. Aku pun tak tahu di mana silapnya sampai dia boleh buat anggapan macam tu sedangkan selama ini aku kurang bercampur dgn org2 kat pejabat ni. Kalau anggapan ini dibuat untuk membuatkan aku hilang seorang lagi kawan, aku berserah. Hak masing2 untuk buat anggapan pada aku yg pasti aku yg empunya diri aku tahu apa yang aku buat dan apa yang aku tak buat. Selebihnya biarlah Dia yang Maha Mengetahui.

Apa yang mampu aku buat hanyalah berdoa dan terus berdoa agar aku dan mereka2 ini diberikan petunjuk dan hidayahNya untuk menyedari segala kesilapan dan membaiki kesilapan itu. Aku redha apa yang dah tertulis kerana ini mungkin hukuman yg patut aku terima tp sbg manusia biasa, kesilapan adalah mainan hidup dan kesilapan itulah yg membuatkan aku terpaksa menerima keadaan ini.

Mulai pada saat ini, aku akan lebih berhati2 dalam segala tindak tanduk dan percakapan walaupun hati aku sendiri sakit apabila org lain bebas mengata aku dibelakang. Aku akan sentiasa ingat pesanan arwah abah aku "Biar org buat kita jgn kita buat org sbb kerja menghukum hanya kerja Dia". Biarlah, apa yg jadi aku ambik iktibar dan pada aku tidak sesekali aku akan mengaibkan kawan2 aku bila mereka dah memandang serong pada aku. Biarlah mereka cuba untuk mengaibkan aku asal saja aku dan Dia tahu aku tak bersalah.

Sekadar Renungan;

Dari Ibnu 'Umar ra. bahwasanya Rasulullah saw. bersabda, "Muslim yang satu adalah bersaudara dengan muslim yang lain; oleh karena itu ia tidak boleh menganiaya dan membiarkannya. Barang siapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya itu maka Allah memperhatikan kepentingannya. Barangsiapa yang melapangkan satu kesulitan terhadap sesama muslim maka Allah akan melapangkan satu dari beberapa kesulitannya nanti di hari kiamat. Dan barangsiapa yang menyembunyikan rahasia seorang muslim maka Allah menyembunyikan rahasianya nanti pada hari kiamat.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim